Friday, November 13, 2009

Dunia Susu Baru

di kala usia FAIZ DANIAL menjengah umur 1 Thn 4 Bln, stock susu ZERO. hari ni pump hanya untuk esok. ye mungkin kebetulan tengah stress exam + period. nak dapat ke 3 auns berpeluh!


apakah ini petanda FAIZ perlu siap sedia untuk menjengah dunia susu yang baru?



secara jujur itu perkara paling syahdu untuk difikirkan bagi ibu yang menyusukan bayi secara esklusif.



pada malam esoknya saya exam CTU, saya standbykan FAIZ susu tepung, dumex. semasa bagi susu dumex saya menangis. sampai perlu di tenangkan oleh suami (comel je). sebenarnya saya yang belum bersedia untuk itu.



FAIZ menolok susu dumex, untuk habiskan sus tu, dia curahkan susu dumex ke dalam semua bekas mainan. hahahahaha. dah macam MR.BEAN.


tapi, susu ni macam tau-tau je. habis exam. pengeluaran susu seperti biasa dah ada 3 botol stock. walaupun sikit tapi lega.



dah lega dari stress exam, tiba-tiba saya dapat email yang kena pergi Langkawi bulan depan di hantar oleh company selama Ahad (mlm) - Khamis (pagi). Bayangkan berapa stock susu yang perlu saya siapkan?



ya, mungkin FAIZ & FIDA mesti bersiap sedia dari segi mental dan emosi. saya sedihhhhhhhhh SANGAT. FAIZ apatah lagi?


huhuhuhuhu. emosi terganggu bila berkaitan ANAK.



meh la tatap wajah ceria FAIZ setelah berbahagia selama 1 tahun 4 bulan menikmati susu mama.....


















TAPI, saya belum mengalah. selagi daya akan diusahakan.

nota afrina : susu dumex telah di beri pada kakak. tapi, kakak jawab "mama, ini bukan susu kakak x sedap. nanti beli lain yeh."

amboi. pandai dah.

Tuesday, November 10, 2009

jiwa merdeka

akhirnya setelah berhempas pulas, cheh kononnya. abis dah semester 5.
semalam, last paper untuk semester ni je banyak lagi semester yang perlu di redah.
ye..demi menyambut kemerdekaan.... pergi shopping (oh,tidak...... sebab bukan hari gaji), pergi makan-makan minum-minum bersuka ria (tak juga......) semua2 tu kalau tak merdeka pun boleh buat. janji ada duit + masa. kalau ada duit tak de masa tak boleh juga. kalau ada masa tapi tak de duit lagi lah tak boleh blah. melalut melalut.
back to da topic. dah beranak pinak & bekeluarga ni..macam dah ramaiiii je anak & menantu yer.
memang niat dihati nak buat macam zaman anak 'dara' dulu. balik2 exam main game ke tido ke tapi jiwa keibuaan dan keisterian menghalang niat murni tu. balik je terus cuci kipas, vacuum satu rumah termasuk siling kalau boleh ngan atap2 sekali nak vacuum. sib baik ujan. diselang selikan masak untuk makan malam. hanya sup ayam + nasi. letak periuk masuk sup bunjut, bawang, ayam, garam. SIAP.anak2 diberi makan oleh suami .. comel je panggil suami dengan nama suami. cuci balang kuih raya dah masuk ke bulan zulhijjah dah pun balang kuih tak berbasuh. ye segala nya mengemas rumah yang telah terbengkalai itu sehingga pukul 12.30pagi.
dan niat dihati lagi sebelum tidor nak melayan GAME sambung main sebelum exam, tapi tuan kecik en faiz danial bangun mengajak tidur bersama. so terbantut lah niat itu. mungkin malam ni kena sambung.
Alhamdulillah. Agar mendapat keputusan yang cemerlang. Tabahkan hati, kuatkan semangat. Amin.

gambar apa nak letak yer..


ha kita bagi gambar tembam ini;



menantu2-menantu pilihan.... muahahahaaha..

Thursday, November 5, 2009

tanjung golden village

nak citer pasal citer PAPADOM. citer yang best rating telah di beri oleh suami 4/5.
lagi best & kelakar dari JIN NOTTI. JIN NOTTI tak berapa menyegatlah. jalan citer yang tak berapa menarik atau pelakon yang kureng? tu tak pasti dimana silapnya. chewwah mcm penganalisa filem melayu lak nye. nak citer sebelum terlupa. saya ni pelupa sikit kalau bab2 citer ni. abis tengok lepas tu lupa. sipi2 je ingat. tapi citer yang saya x lupa macam KUCH-KUCH HOTA HAI. hehehehe confirm hafal. tengok 7-8 kali pun tangkap nangis. saya suka citer hindustan yang x de unsur jenayah/ gaduh/ tembak menembak.. haaa.... yang bersifat kekeluargaan... tenang je bila tengok. macam citer HUM HUM SATH HAIN ke.... citer MAN ke. tetiba citer pasal citer hindustan naper? ok ok berbalik ke topic asal.

PAPADOM mengisahkan papa yang terlebih menyayangi anak. kerana kononnya nak menebus kesilapan yang dilakukan sesama arwah isteri ada dia kurang mengambil berat tentang isteri dan anaknya miasara kerana busy bisnes nasik kandar baru nak naik. selepas kematian isteri dia jaga anak dia sampai siap bawakkan bekal anak dia masa waktu rehat ketika anak ditingkatan 5. selepas tu sehingga sanggup jadi tukang kebun di UITM untuk memastikan keselamat anaknya terjamin. sehingga memakan diri sendiri. kelekar sehingga tutup tirai. pergilah nonton.
watak2 dibintangi oleh:
miasara - liyana jasmay dia ni memang best berlakon real. dan comeyyyyy...
farid kamil - awwwwww.. jadi sotonglah pulak potong ar
afdlin shauki - papa saadom - memang bersahaja lakonannya
khiriyah - mama miasara yang suka jadi hantu ek
scha
vanida imran
que - wajib tayang

heheehehe so pergilah tengok tak rugi.
thanks to cik abang dia yang belanja walaupun birthday dia.
supportlah filem kita! filem melayu. yeahhhh.

tunggu pisau cukur lak. ayoooo.

Monday, November 2, 2009

weight gain for whom?

xpress update:

ingat tak link ini?

yang kurus bertambah kurus yang gem... opppssss yang SIHAT bertambah sihat.


nota : membazir bayar fitness first kalau hanya pergi 5-6 kali? baik beli emas 5-6 ketul? hahahaahaha

Monday, October 19, 2009

Birthday Girl

chewwaah birthday Girl.

4.10.2009 BESTDAY emak. yang kononnya kami adik beradik nak celebrate awal2 pagi menjadi awal2 tengahari. sebab 'orang yang dok kajang' tu sampai lambat.


hari ni di isytiharkan emak tidak perlu memasak selama SATU hari. ye mak as your WISH.


saya buat kek untuk emak.




uish siap cop 5 jari



kad ini hasil ke kreatifan Afrina? pembetulan
Afrina hanya tukang tampal dan bagi komen.




sesampai di MAHLIGAI AMPANG, saya masak mee goreng kerana Hifni telah membuat satu jejak kasih di hari raya antara orang kampung ayah dengan officematenya KAK ASIAH. sekarang kena panggil Cik Siah.

setelah berjejak kasihan, lupa lak nak ambil gambar.
ambil gambar dengan birthday girl dulu. baruler kami menuju ke Ampang Jaya (Angah apa nama taman kat rumah ko tu.. lupa ar)


dan nanti lah sambung part2 - makan2 dirumah angah. Thank you kak Nani..
banyak lagi gambar ni. lagi meriah! lagi mengancam.
ni Hazimlah ni janji nak upload gambar tup2 takde pulak.
ataupun lagi senang UPLOAD semua gambar dalam facebook eh. tihihihih jangan marah ye.
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan juga HAPPY BIRTHDAY OCTOBER:
1.10 - Kak Laila (ex-bos)
2.10 - Along & Kak Syima (dulu kakak angkat sekarang? hehehe kena jawab tu kak syima)
4.10 - My Emak
5.10 - CTB
6.10 - Kak Lila (Kakak Angkat Uitm - Petsis)
14.10 - Abg Zaaba (Husband Mama Vogue)
15.10 - Ogy & Nora
16.10 - Kak Naza
17.10 - Poggy & Atul (My Adik Angkat)
24.10 - Fiza
ya.... 4 berangkai (ctb, poggy, ogy & fiza) sudah celebrate birthday nya di rumah saya hari sabtu lepas. x pasal2 tuan rumah pun dapat hadiah. suka suka suka....
ada yang tertinggal kah? maaflah pelupa sudah. urat dah banyak putus masa bersalin.. cehcehceh... boleh ke reason macam tu. betul ke?
ok semoga kamu, kamu, kamu semua panjang umur, di tambahkan rezeki, di berkati, di redhai dan di sayangi dan dihargai semua-semualah. Amin.

OH, baru teringat.
30.10 - Korang rasa birthday siapa. klu, PALING SPECIAL.
nama pun special.. entry lain, entry lain.. dah. bye semuaaa...